fbpx

Perarakan bot berhias Jubli Perak Sultan Terengganu meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot berhias PMINT yang muncul johan pertandingan Bot Berhias sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Mizan di muara Sungai Terengganu, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Ribuan penduduk bandar raya ini teruja menyaksikan 16 bot berhias berarak menyelusuri muara Sungai Terengganu sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Mereka menunggu di tebing sungai dari Pulau Kambing sehingga Payang Walk di sini bagi menyaksikan perarakan bot berhias terbabit.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar turut bersama menyaksikan perarakan berkenaan.

Pertandingan bot berhias itu disertai 16 pasukan terdiri daripada lapan pejabat tanah dan daerah (PTD) serta badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

Antara badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri ialah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan TDM Berhad.

Syarikat utiliti, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) juga memeriahkan perarakan berkenaan.

Bot-bot berhias terbabit menyelusuri muara Sungai Terengganu bermula dari Pulau Kambing sebelum melalui Pulau Kambing, Pulau Warisan, Duyong Marina and Resor, Jeti Penambang Seberang Takir, Jeti Shah Bandar dan Payang Walk di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI