fbpx

Peniaga perlu jujur, pulangkan duit baki walau 20 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “20 sen pun duit juga”, itulah luahan hati seorang pengguna di laman Twitter apabila wang bakinya tidak dipulangkan oleh seorang peniaga atas alasan tidak mempunyai wang syiling yang mencukupi.

Sebagai pembeli, pengguna berasa kecewa dengan tindakan segelintir peniaga yang lebih sanggup berdiam diri daripada berlaku jujur kepada pelanggan.

“Saya beli makanan di Temerloh. Jumlah pembelian adalah sekitar RM7.60. Saya beri duit sebanyak RM50, jadi bakinya adalah RM42.40.

“Tetapi, peniaga pulangkan RM42.20 sahaja. Bila tanya kenapa kurang 20 sen, dia berkeras cakap baki yang diberinya itu betul.

“Selepas dikira, betul kurang 20 sen. Rupanya sebab tidak cukup syiling. Selepas itu, peniaga siap perli saya, katanya 20 sen pun hendak berkira,” jelasnya.

Tambah pengguna tersebut, peniaga haruslah bersikap jujur kerana wang baki tersebut merupakan hak orang lain dan boleh menjadi timbangan di akhirat nanti.

“Masalahnya bukan tentang berkira atau tidak. Cuba jujur, jangan menipu. Cakap sahaja tak cukup duit dan minta maaf. Bukannya kita tidak faham. Boleh je kita halalkan.

“Ini tidak, kalau kurang 20 sen, lebih sanggup menipu sebab tidak ada duit baki. Tetapi, 20 sen pun duit juga,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai di laman Twitter bersetuju dengan pendapat pengguna tersebut. Tidak kurang juga, ada yang mengakui sering diperdaya dalam urusan jual beli.

“Saya pernah terkena di Port Dickson. Peniaga pulangkan wang baki tidak cukup satu ringgit. Tetapi, dia diam sahaja tak ada minta maaf pun,” kata Aen.

“Peniaga sekarang kita tidak boleh bagi muka sangat. Kalau kurang 5 sen pun tuntut. Mana boleh kita bayar lebih,” kata Said.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,060 tanda suka dan 164,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI