fbpx

Penganjur KUAM mohon maaf, segera perbaiki sistem tiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG terpaksa menunggu di luar tapak pameran selama dua jam selepas pintu masuk ditutup sementara pada pukul 12.30 tengah hari bagi menghormati Solat Jumaat. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Penganjur Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 memohon maaf kepada pengunjung atas penutupan ruang pameran pada hari pertama program itu berlangsung semalam.

Penganjur KUAM 2023 dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengakui berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan pengunjung semasa penutupan tersebut yang dibuat bagi menghormati waktu solat Jumaat.

Jelas kenyataan itu, penutupan pada pukul 12.30 tengah hari itu hanya sementara dan ruang pameran kembali dibuka kepada orang awam pada pukul 2.15 petang.

“Kami mengakui terdapat ketidakselesaan dan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengunjung semasa penutupan sementara ruang pameran statik pesawat bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 2 petang bagi menghormati waktu Solat Jumaat.

“Petugas lapangan terbang telah membuat pengesahan bahawa kawasan pameran adalah selamat kepada orang awam dan telah dibuka semula pada pukul 2.15 petang,” katanya di sini, malam tadi.

Tambah kenyataan itu, pihak penganjur akan segera memperbaiki sistem pembelian tiket dan kemasukan ke ruang pameran udara.

Katanya, ini kerana kepuasan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan penganjur.

“Kami akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi dalam tempoh dua hari ini,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan suasana di KUAM 2023 bertukar ‘panas’ apabila rata-rata pengunjung tidak berpuas hati terpaksa membeli semula tiket masuk selepas ruang pameran ditutup bagi menghormati waktu solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI