fbpx

Pemancing maut bot terbalik dilanggar paus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 10 spesies paus besar dan 20 spesies kecil menghuni perairan Australia. - Shutterstock

CANBERRA, Australia – Seorang lelaki terbunuh, manakala seorang lagi dimasukkan ke hospital selepas seekor ikan paus melanggar bot dinaiki mereka sehingga terbalik semasa ekspedisi memancing, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Menurut polis, lelaki itu meninggal dunia selepas diselamatkan di Botany Bay, perairan  Sydney, manakala tekong bot tersebut dimasukkan ke hospital.

“Seekor paus terlibat dalam kemalangan ini, siapa sangka perkara ini akan berlaku, ia amat tragis,” kata Menteri Polis New South Wales, Yasmin Catley.

Polis berkata, penumpang sebuah lagi bot menghubungi talian kecemasan selepas melihat bot sepanjang 4.8 meter itu tidak berpenumpang dan hanyut di tengah laut.

Tekong bot itu berusaha menyelamatkan mangsa, kata Pemangku Supritendan Polis Laut, Siobhan Munro.

Polis mengesahkan bahawa bot itu mungkin dilanggar atau terlanggar ikan paus, namun mereka tidak dapat mengenal pasti spesies mamalia terbabit.

Pinggir pantai Australia yang luas menjadi habitat kepada 10 spesies paus besar dan 20 spesies yang lebih kecil.

Walaupun kematian manusia berpunca daripada ikan paus di rantau itu jarang berlaku, Australia dan New Zealand adalah lokasi tumpuan paus terdampar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI