fbpx

Khabar angin itu sejak tahun lalu lagi – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor, hari ini. - FOTO Saddam Yusoff

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menepis khabar angin akan dilantik anggota jemaah menteri Persekutuan dalam rombakan terbaharu Kabinet

Kata Amirudin, beliau tidak pernah mendengar atau mengetahui namanya antara dicadangkan sebagai menteri nanti.

“Desas-desus mengatakan saya nak ke Kabinet ini sejak tahun lalui. Apapun, semua (rombakan Kabinet) terletak kepada keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 di pusat membeli-belah Central I-City di sini, hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Gombak itu, beliau bersama barisan Exco kerajaan Selangor sedang menjalankan segala agenda baharu untuk rakyat negeri itu selepas pembentukan setelah menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Dalam pada itu, katanya, Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor belum menghantar sebarang petisyen bagi membatalkan keputusan empat kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN), dalam PRN Selangor, Ogos lalu.

Kosmo! pada 13 Ogos lalu melaporkan, PH-BN Selangor mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pembatalan di empat kerusi DUN yang majoriti kemenangannya tipis pada PRN sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI