fbpx

Kejayaan Pelan Penstrukturan, Pemulihan Tabung Haji faktor serah semula aset

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im.

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan memulangkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV) pada tahun 2018 setelah kejayaan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, keputusan yang diambil kerajaan adalah mengambil kira keupayaan dan kestabilan kewangan TH sekarang.

Jelasnya, keputusan yang telah diambil Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan untuk memartabat TH selaku institusi berdaya saing serta model pengurusan terbaik yang menghayati nilai-nilai Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyerahkan semula aset TH yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2018,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, TH akan memulakan perbincangan secara rasmi bersama pihak Kementerian Kewangan (MOF) untuk langkah-langkah pentadbiran pengambilan semula aset TH.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk melonjakkan Tabung Haji dengan tadbir urus integriti dan profesional demi menjaga kepentingan umat Islam dan para pendeposit,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan aset TH yang dipindahkan kepada SPV oleh kerajaan pada tahun 2018 akan dipulangkan semula kepada TH.

Anwar berkata, perbincangan antara MOF dan TH berhubung perkara itu sedang dilakukan.

Beliau turut menjelaskan, pemulangan semula aset TH mungkin akan dilakukan secara berperingkat dan nilai semasa aset terlibat belum boleh diumumkan sehingga proses rundingan selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI