fbpx

Isu kekurangan beras tempatan, SPRM belum terima aduan salah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberi jaminan tidak ada sebarang unsur salah laku atau rasuah berhubung kekurangan bekalan beras tempatan.

Tambahnya, pihak SPRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya menerima laporan mengenai sebarang bentuk ‘hanky-panky’ dalam pembekalan beras negara termasuk kemungkinan salah laku oleh penguat kuasa.

“Setakat ini, SPRM belum terima apa-apa laporan. Sekiranya ada unsur rasuah atau salah laki, kami akan ambil tindakan sewajarnya. Namun, setakat ini belum ada,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar SPRM Bersama Media 2023 Sempena Ulang Tahun SPRM Ke-56, di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, Kajang, hari ini.

Terdahulu, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memberi jaminan bahawa bekalan beras putih dalam negara adalah mencukupi.

Bernas menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menyalurkan sebanyak 630,000/TM dari Januari hingga Ogos 2023 iaitu peningkatan sebanyak 38 peratus berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh lima tahun lepas melibatkan pengurusan bekalan beras import ke dalam negara.

Pihaknya juga memberi jaminan akan sentiasa komited dan menyokong semua program intervensi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menjamin bekalan beras tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI