fbpx

Ibu maut, anak lelaki cedera dalam kemalangan dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Perodua Myvi dan Toyota Avanza yang terbabit nahas hingga mengorbankan seorang lelaki di Jalan Parit 7, Sungai Manik di Teluk Intan hari ini.-Foto IHSAN JBPM

TELUK INTAN -Seorang wanita warga emas maut,manakala anak lelakinya parah setelah kereta dinaiki mereka terlibat nahas dengan sebuah Toyota Avanza di Jalan Parit 7, Sungai Manik di sini hari ini.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki dua beranak itu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Avanza dipandu lelaki berusia 60 tahun.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa berusia 72 tahun yang duduk di bahagian penumpang kereta jenis Perodua Myvi cedera parah akibat tersepit sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemalangan pada pukul 5.26 petang.

“Anggota mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Pemandu Perodua Myvi yang cedera parah dihantar ke Hospital Teluk Intan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI