fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik hampir di seluruh negara, pagi ini.

Menurut hantaran di laman sesawang MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hanya dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga 12 tengah hari.

“Antara kawasan yang terlibat ialah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan),” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI