fbpx

Caj lebih RM1 dikenakan jika tidak mahu tauge dalam makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kedai mengenakan caj S$0.50 sen jika pelanggan tidak mahu tauge dalam makanan mereka. - Foto asiaone

SINGAPURA – Sebuah kedai menampal notis menyatakan pelangganya akan dikenakan caj SG$0.50 (RM1.72) jika meminta tauge tidak dimasukkan ke dalam makanan mereka, lapor akhbar The New Paper semalam.

Seorang pengguna, Steven Wong memberitahu portal berita asiaone bahawa dia melihat notis tersebut di sebuah gerai itu di Pusat Beli-belah Fajar.

Ia menyatakan: “Makanan laut tambahan pada harga SG$2 (RM6.88), telur tambahan untuk SG$1 (RM3.44) dan tauge tambahan sebanyak 50 sen”.

Bagaimanapun, apa yang menonjol adalah entri terakhir menunjukkan caj tambahan 50 sen dikenakan jika pelanggan meminta tiada tauge dalam makanan mereka.

Gerai tersebut menjual char kuetiau goreng, kek lobak merah dan telur dadar tiram.

“Ini tidak masuk akal,” katanya, 

Wong berkata, dia tidak akan mengunjungi kedai itu tetapi menegaskan bahawa hampir setiap premis makanan di pusat penjaja tersebut tidak akan meletakkan tauge jika diminta, tanpa mengenakan caj tambahan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI