fbpx

Anwar cadang Festival Budaya@Putrajaya dijadikan acara tahunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Festival Budaya@Putrajaya 2023 di sini, malam tadi. FOTO-FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Festival Budaya@Putrajaya 2023 yang diadakan buat julung kali di Dataran Putrajaya malam ini dimasukkan dalam kalendar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai acara tahunan negara.

Ketika berucap merasmikan festival itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan dan memuji penganjuran acara yang berlangsung sejak Khamis lalu dan berakhir esok.

“Oleh kerana saya lihat (persembahan) hebat malam ini, mungkin saya akan cadangkan supaya acara Festival Budaya Putrajaya ini dijadikan acara tahunan di Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, aktiviti seni dan budaya harus diperkasa seiring kemajuan ekonomi negara selain turut mengaitkan tentang kebangkitan Asia dengan merujuk kepada pertumbuhan ekonomi.

“Dulu saya lakarkan soal kebangkitan Asia, (pokok) pangkalnya adalah pertumbuhan ekonomi kerana dengan memperkasa ekonomi, negara boleh maju.  Sebab itu penting peranan kementerian ini (MOTAC) yang boleh memartabatkan seni sama ada lukisan, puisi, filem dan teater serta pementasan dan tarian,” ujarnya.

Pada masa sama, Anwar turut menyeru masyarakat berbilang kaum di negara ini supaya menjadikan perbezaan sebagai satu kekuatan dan bukannya faktor persengketaan.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan khusus dari segi peruntukan menerusi Belanjawan 2024 terhadap sektor pelancongan dan seni budaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI