fbpx

Ambil peluang daftar akaun ASB anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 yang diadakan di Setia Fontaines hari ini.

SEBERANG PERAI – Ribuan orang mengambil peluang cuti hujung minggu untuk mengunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines yang bermula secara rasmi di Bertam, di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti ditawarkan 50 pempamer meliputi MSAM 2023 pendidikan pelaburan dan pameran yang terdiri tdaripada syarikat-syarikat Kumpulan PNB, ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), badan kawal selia dan agensi kerajaan negeri.

Lebih meriah lagi, pengunjung yang mendaftar dengan aplikasi PNB Events App berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1.4 juta de­ngan hadiah utama termasuk rumah teres di Setia Fontaines.

Salah seorang pengunjung, Mohd Izuwan Zaini,35, berkata beliau berkunjung ke Karnival Literasi Kewangan Terbesar di Malaysia itu selepas melihat status aplikasi Whatsapp yang dimuatnaik rakannya.

“Saya pernah mengunjungi program sama di Sungai Petani, Kedah dan sejujurnya memang teruja kerana lebih banyak aktiviti disediakan untuk orang ramai. Saya berkesempatan mendaftarkan akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk anak kedua saya manakala anak sulung sudah memiliki akaun sejak bayi lagi.

“Mungkin kami sekeluarga akan datang lagi esok untuk daftarkan akaun untuk anak bongsu pula kerana terlupa membawa Mykid bersama,” katanya ketika ditemui pemberita di ruang pameran di sini hari ini.

Isterinya, Junaidah Abdullah, 38, berpandangan, pelaburan kewangan memainkan peranan penting demi masa depan yang lebih terjamin.

“Sementara kita tak gunakan duit itu, kita boleh kembangkannya dan dalam setahun saja, keuntungan sudah boleh diperolehi. Bagaimanapun, sekiranya berlaku kecemasan dan perlukan duit, tidak susah untuk mencairkannya. Kami memang terapkan kepentingan menyimpan sejak anak-anak kecil,” katanya.

Sementara itu, Laila Qadri,30, berkata, beliau menghabiskan hujung minggu dengan meningkatkan ilmu pelaburan kewangan secara percuma.

“Petugas di sini amat mesra dan tidak lokek berkongsi tips kewangan malah saya tidak melepaskan peluang untuk mengemaskini maklumat akaun ASB seperti yang disarankan petugas. Diharapkan program ini dapat diteruskan,” katanya.

Program yang bermula hari ini sehingga 8 Oktober menyediakan pelbagai hadiah menarik buat pengunjung bernilai hampir RM1.4 juta de­ngan hadiah utama termasuk rumah teres di Setia Fontaines, kereta BYD Atto 3 Standard Range dan Toyota Vios 1.5G AT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI