fbpx

Wanita hilang ditemui rentung dalam kebakaran di Pulau Ketam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pencarian wanita hilang di sekitar lokasi kejadian

KLANG – Kehilangan seorang wanita dalam kebakaran tiga rumah di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, terjawab apabila mayatnya ditemui rentung malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa berusia 49 tahun itu dijumpai pihaknya pukul 10.05 malam.

“Penemuan itu hasil operasi pencarian yang diteruskan selepas paras air surut di lokasi kejadian.

“Mayat wanita itu ditemui terdampar di tiang rumah yang musnah dan dalam proses untuk dibawa keluar,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Kosmo melaporkan mangsa yang juga penduduk kawasan itu dipercayai berada di dalam rumah ketika kejadian kebakaran tersebut.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu turut memusnahkan tiga bot dan dua tempat pemunggahan ikan.

Penduduk memaklumkan ketika kejadian rata-rata penduduk yang terdiri daripada nelayan tiada di rumah kerana keluar mencari hasil laut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI