fbpx

[VIDEO] Pencuri motosikal dicekup di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan kejadian pencuri motosikal yang berjaya dicekup pihak polis di sebuah restoran di Bandar Baru di Klang kelmarin.

KLANG – Cubaan seorang pencuri motosikal melarikan diri gagal apabila dicekup di sebuah restoran di Bandar Baru di sini, kelmarin.

Penangkapan suspek lelaki kira-kira pukul 2.51 petang itu dilakukan dengan bantuan orang awam itu tular menerusi video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 36 saat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penangkapan mereka susulan laporan diterima daripada seorang lelaki yang kehilangan motosikal jenis Yamaha 125ZR di kawasan parkir sebuah kompleks beli-belah di Jalan Batu Tiga lama.

Katanya, bertindak maklumat polis yang yang menjalan rondaan sedang menjalankan rondaan telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki dua lelaki tempatan.

“Ketika ditahan, pembonceng motosikal tersebut telah melarikan diri namun berjaya ditangkap polis dengan bantuan orang ramai di sebuah restoran berhampiran pekan Bandar Baru Klang.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai sebatang ‘allen key’ yang telah diubahsuai dipercayai untuk mencuri motosikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua suspek yang ditahan berusia 30an dengan semakan mendapati mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Ujar Vijaya Rao, mereka kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan motosikal yang dilaporkan hilang masih dalam tindakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI