PETALING JAYA – Nasib malang menimpa seekor kucing apabila seluruh badannya diliputi cat putih dipercayai angkara khianat pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi perkongsian Izzat di Twitter bersama gambar dan video, kucing tersebut kelihatan lemah dan tidak bermaya.
“Sesiapa pun kalau tak suka binatang, jangan la zalim. Buang dia kat tempat lain atau apa ka, tapi jangan buat aniaya macam ni. Kasihan.
“Aku tak sampai hati la. Apa pun aku dah maklumkan pihak berkenaan untuk uruskan,” ciapnya.
Perkongsiannya itu mengundang rasa marah orang ramai yang menyifatkan pelaku tersebut kejam dan tidak berhati perut.
“Semoga siapa yang aniaya binatang, neraka tempat dia kat akhirat nanti,” komen Nis.
“Dia simbah cat? Apa kejam sangat manusia ni?,” soal Hafiz.
“Dah la tengah sensitif, tengok macam ni nangis terus,” ujar Qa.
“Jujur ya aku tak suka sangat kucing, tapi tak ada la sampai hati aku nak buat macam ni,” luah seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE.
Sapa sapa pon, kalau tak suka binatang, jangan la zalim. Buang la dia kat tempat lain ka apa ka. But jangan la buat aniaya mcm ni. Kesian. Haih aku tak sampai hati la. Anyway aku dah inform pihak berkenaan untuk uruskan. Haih. pic.twitter.com/l77iD3h02f
— Izzat 🐡💨 (@izzat_bashir) September 28, 2023