fbpx

SPV akan pulangkan semula aset TH – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji, di Menara TH Tun Razak, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV) oleh kerajaan pada tahun 2018 akan dipulangkan semula kepada TH.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan (MOF), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan antara MOF dan TH berhubung perkara itu sedang dilakukan.

“Saudara Mujahid (Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa) sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ketika itu)
memberikan usul MOF mengambil alih (aset TH) dalam keadaan TH masa itu menghadapi masalah kewangan.

“Sekarang ini dengan pengurusan baharu yang lebih cekap dan dapat memulihkan keyakinan dan pengurusan yang lebih mantap, maka MOF sedang berunding memindahkan semula aset yang dipegang MOF kepada TH,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Lembaga TH di Menara TH di sini hari ini.

Anwar menjelaskan, pemulangan semula aset TH mungkin akan dilakukan secara berperingkat dan nilai semasa aset terlibat belum boleh diumumkan sehingga proses rundingan selesai.

“Tapi (pemulangan aset TH) dengan sendiri menjawab tohmahan dan fitnah bertahun-tahun, berbakul-bakul menyatakan ini (aset TH) telah dijual. Tiada yang dijual. Masih kekal sebagai satu amanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI