fbpx

Shah Firdaus sambar gangsa kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH FIRDAUS meraikan kejayaan meraih gangsa pada final acara keirin Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom membuktikan kehebatannya di kala ketiadaan Datuk Azizulhasni Awang pada Sukan Asia Hangzhou dengan meraih pingat gangsa kedua peribadinya.

Shah Firdaus melakar kejayaan terbaharu itu dengan meraih tempat ketiga acara keirin pada perlumbaan akhir yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Chun’an Jieshou sebentar tadi.

Atlet dengan gelaran ‘The Terminator’ itu menamatkan saingan di belakang pemenang pingat emas dari China, Zhou Yu dan pelumba Korea Selatan, Kang Seo-jun yang meraih perak acara tersebut.

Semalam, Shah Firdaus menceriakan kem berbasikal negara dengan meraih pingat gangsa bagi acara pecut individu lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI