fbpx

PM tunai solat Jumaat bersama jemaah Masjid Jamek Alam Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Tun Razak, Pudu untuk menunaikan solat Jumaat, di ibu negara hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Tun Razak di sini.

Beliau pagi ini terlebih dahulu menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) yang diadakan di Menara TH.

Perdana Menteri seterusnya menghadiri satu lagi program di ibu negara sebelum bergerak ke Masjid Jamek Alam Shah.

Selepas menunaikan solat Jumaat, Anwar mengambil peluang bersalam dan beramah mesra dengan jemaah di masjid berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI