fbpx

Pesakit buah pinggang tahap akhir kesal ambil pil diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Della perlu menjalani rawatan dialysis pada setiap hari. - Detik

JAKARTA – Seorang wanita di Bandung, Indonesia mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir ketika berusia 22 tahun akibat mengambil pil diet, lapor laman berita Detik semalam. 

Della Hiariej terpaksa menjalani rawatan dialisis sepanjang hidupnya sebelum dijadualkan menjalani prosedur pemindahan buah pinggang.

Wanita yang kini berusia 25 tahun itu mengesyaki punca dia mengalami penyakit itu disebabkan sejarah hipertensi yang dialaminya sejak sekolah menengah.

Selain itu, pemakanan tidak betul serta pengambilan pil diet juga menyumbang kepada masalah penyakitnya.

“Tiga bulan sebelum sakit saya minum pil kapsul diet herba yang tiada dipastikan kesahihan bahannya,” katanya.

Seorang pakar perubatan, Dr. RA Adaninggar Primadia Nariswari berkata, penggunaan pil diet boleh meningkatkan risiko untuk seseorang mengalami kegagalan buah pinggang.

“Punca lain adalah keradangan akibat mengambil ubat herba, minum suplemen yang mengandungi bahan yang menyebabkan keracunan buah pinggang dan berlarutan secara kronik,” tambahnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI