fbpx

Persiapan fasa akhir MSAM 2023 lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persiapan akhir dilakukan menjelang Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan berlangsung esok di Kepala Batas, Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Setia Fontaines Bertam bakal berubah wajah apabila memasuki fasa terakhir persiapan menjelang Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan berlangsung esok.

Persiapan berjalan lancar membabitkan beberapa lokasi antaranya pentas utama, tempat duduk dan ruang pameran.

Biarpun cuaca hujan, pelbagai penambahbaikan dilakukan malah dengan kerjasama semua pihak berjaya menjadikan persiapan MSAM 2023 itu berjalan lancar.

Kira-kira 150,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan program yang julung kalinya diadakan di negeri ini.

Pelbagai aktiviti berkaitan pendidikan pelaburan dan pameran melibatkan 50 pempamer terdiri daripada anak syarikat Kumpulan PNB, ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), badan kawal selia dan agensi kerajaan negeri.

Selain acara MSAM, program literasi kewangan lain turut dianjurkan PNB dan ASNB iaitu Sembang-Sembang ASNB, Kuiz Pelaburan PNB dan Fiesta Labur PNB@Home.

Lebih menarik, pengunjung yang memuat naik dan mendaftar dengan aplikasi PNB Events App berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1.4 juta.

Antara hadiah utama adalah rumah teres di Setia Fontaines, kenderaan BYD Atto 3 Standard Range dan Toyota Vios 1.5G AT.

Antara rakan korporat yang terlibat dalam MSAM 2023 ialah Maybank, Sime Darby Plantation Berhad, UMW Hol­dings Berhad, S P Setia Berhad selaku Rakan Premier.

Selain itu, rakan utama MSAM 2023 ialah Sime Darby Property Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Perodua, MNRB Holdings Berhad dan Sime Darby Berhad, manakala Duopharma Biotech Berhad dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. dalam kategori Rakan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI