fbpx

Pengiktirafan halal pacu peningkatan jualan ThorX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizul (kanan) pada majlis pelancaran produk ThorX di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Branz Marketing Sdn. Bhd. (Branz Marke­ting) pengeluar produk penja­gaan kesihatan berjenama ThorX, yakin dengan anugerah yang diterima khususnya dalam pengiktirafan terhadap kua­liti dan juga halal telah memberi peluang kepada syarikat untuk lebih berdaya saing dalam industri tersebut yang kini semakin sengit.

Pengasas Bersama syarikat itu, Dr. Azizul Hafizi Ismail berkata, jenama tersebut pernah dinobatkan dengan anugerah World Consumer Health Brand Awards 2023 dan South East Asia Orga­nic Awards yang telah mengu­kuhkan reputasi syarikat sebagai pengeluar produk berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat global.

Lebih menarik, syarikat juga telah menerima anugerah Asia Halal Brand Awards dalam ka­tegori suplemen terbaik untuk lelaki baru-baru ini.

“Ini adalah anugerah khusus diberikan kepada produk yang sudahpun mendapat sijil halal dan diadili oleh lima juri berkaliber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran ThorX di sini baru-baru ini.

Menurut Azizul, produk suplemen yang menjalani kajian dan pembangunan (R&D) lebih daripada dua tahun itu dihasilkan daripada 100 peratus bahan organik, selain ekstrak maca atau nama saintifiknya, lepidium meyenii yang berkebolehan me­ningkatkan tahap kesihatan kaum lelaki dan turut digabungkan dengan ekstrak buah tunjuk langit dan juga tongkat ali.

Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat mengunjurkan jualan bagi produk yang dijual pada harga RM89 sekotak itu adalah sebanyak 30,000 kotak sebulan.

“Kami yakin, sasaran jualan produk tersebut bakal dicapai memandangkan testimoni positif yang dikongsikan bersama pengguna ThorX telah meningkatkan keyakinan pelanggan baharu untuk mencubanya.

“Ia juga bakal memberi pe­luang niaga kepada usahawan untuk berusaha mengedarkannya di pasaran runcit,” ujarnya.  -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI