fbpx

Pekerja Indonesia maut dihempap struktur rumah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamat susulan runtuhan struktur rumah di Felda Papan Timur, semalam yang meragut nyawa seorang pekerja warga Indonesia.

KOTA TINGGI- Seorang warga Indonesia maut selepas dihempap runtuhan struktur rumah ketika sedang melakukan kerja pembaikan di kediaman tersebut di Felda Papan Timur, semalam.

Dalam kejadian itu mangsa Zaharudin, 36 meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya Slamet, 56 juga warga Indonesia mengalami kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hazmi Zulkafli berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan di tempat kerja itu melalui talian MERS999 pada pukul 2.42 petang.

Katanya seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera dan satu kenderaan EMRS telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan di tempat kerja berpunca dari runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.

“Terdapat dua orang mangsa yang terlibat dalam insiden ini. Seorang mangsa mengalami kecederaan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Bandar Mas bagi mendapatkan rawatan.

“Manakala terdapat lagi seorang mangsa telah tersepit di dalan runtuhan bangunan tersebut. Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh PKO dengan bantuan forklift milik orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 4.58 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI