fbpx

Mahkamah: Pendakwaan kemuka 13 alasan rayuan lepas, bebas Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Sebanyak 13 alasan dikemukakan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM232.5 juta.

Berdasarkan petisyen difailkan pendakwaan pada 19 September lalu, perayu menyatakan antaranya Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila membatalkan pertuduhan terhadap Muhyiddin yang dinamakan selaku responden.

Pendakwaan juga menyatakan hakim terkhilaf apabila memutuskan bahawa tindakan pendakwaan tidak menyatakan butiran dalam pertuduhan, mengelirukan responden.

“Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana terkhilaf membatalkan tuduhan terhadap responden sedangkan permohonan responden adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah kerana ia adalah pramatang dan perbicaraan mash belum dimulakan.

“Yang Arif Hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa peninggalan untuk menyatakan cara bagaimana responden menggunakan kedudukannya mengakibatkan tuduhan adalah cacat, sedangkan ia bukan perkara yang tidak dapat dipulihkan pada peringkat prosiding.

“Ini memandangkan pendakwaan masih boleh mengemukakan keterangan untuk mengenal pasti pelanggaran dan meminda pertuduhan pada mana-mana peringkat perbicaraan dengan kebenaran mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi media hari ini mengesahkan mengenai petisyen rayuan berkenaan.

Pada 27 September lalu, Mahkamah Rayuan di sini menetapkan Februari 2024 bagi pendengaran rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Muhyiddin atas empat pertuduhan itu.

Tarikh-tarikh pendengaran yang telah ditetapkan itu selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Februari 2024. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI