fbpx

Mahkamah: Majikan didakwa pukul amah dengan batang vakum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan pembantu rumahnya warga Indonesia menggunakan batang besi penyedut habuk (vakum) di sebuah rumah minggu lalu.

Bagaimanapun tertuduh Lee Chee Huat, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menyebabkan kecederaan ke atas Darsinih, 29, dengah menggunakan batang besi penyedut habuk (vakum).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit apartment di Jalan Prima 10, Metro Prima dalam daerah Sentul di sini pukul 10.30 pagi pada 22 September lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamalludin Akbal tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan yang dilakukakan tertuduh tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun peguam Vincent Chew memohon mahkamah memberikan ikat jamin dengan jumlah jaminan yang rendah.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak mahkamah kemudian tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 November ini bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini media melaporkan dalam kejadian pukul 3 petang Jumaat minggu lalu itu, mangsa yang berusia 29 tahun itu dilihat berada di pintu rumah di sebuah apartment selama 15 minit sambil memerhatikan pekerja sebuah syarikat logistik memindah masuk barang di rumah jirannya.

Wanita itu kemudian memberanikan diri meminta bantuan daripada pekerja terbabit untuk membantu menyelamatkannya dengan menghubungi pihak berkuasa.

Semalam Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan mendapat arahan untuk menuduh suspek hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI