fbpx

Lebih 45 peratus umat Islam buka akaun Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im.

KUALA LUMPUR – Lebih 45 peratus daripada 18 juta umat Islam di negara ini membuka akaun Tabung Haji (TH) setakat Ogos lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, TH kini mempunyai hampir sembilan juta pendeposit dengan tabungan melebihi RM89 billion.

“Ia merupakan jumlah tertinggi sejak penubuhan TH 60 tahun lalu. Insya-Allah, TH menyasarkan lebih 50 peratus umat Islam negara ini memiliki akaun dengan TH pada penghujung tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Lembaga TH yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara TH di sini hari ini.

Mohd. Na’im memberitahu, sejak Pelan Transformasi Strategik (HIJRAH24) dilancarkan pada 2022, TH telah meningkatkan dana sebanyak RM5.7 bilion daripada RM83.3 bilion kepada RM89 bilion.

Ujar beliau, TH akan bekerja keras untuk mencapai sasaran saiz dana sebanyak RM100 bilion menjelang tahun 2024. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI