fbpx

Kes rogol: Keterangan Ebit Lew, Mondy Tattoo diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Ebit, Caprice, Mondy

KUALA LUMPUR – Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo dan aktivis, Ariz Ramli atau Caprice merupakan antara 10 individu yang diambil keterangan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih memerlukan keterangan beberapa individu lagi bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kita dalam proses menyiapkan kertas siasatan. Ada perkara teknikal sedang ditunggu iaitu laporan daripada forensik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan yang dibuat berhubung kes rogol.

Dalam perkembangan lain berkaitan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berkenaan isu tafsir Al-Quran, Ayob Khan berkata, pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan untuk diserah kepada AGC.

“Kita telah ambil keterangan beliau (Howard) pada 26 September lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. Ada dua laporan diterima yang disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI