fbpx

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 1,550 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk di Kupang, Baling yang dipenuhi lumpur akibat dilanda banjir kilat pada kelmarin. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

BALING – Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini terus menurun kepada 1,550 orang daripada 468 keluarga setakat pukul 8 malam ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, sebuah PPS di daerah Pokok Sena iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Limau ditutup pada pukul 4 petang tadi.

“Dua PPS yang masih dibuka di Pokok Sena adalah SK Bukit Hijau dan Maahad Tarbiyah Derang dengan seramai 316 mangsa daripada 84 keluarga,” katanya hari ini.

Kata beliau, daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu melibatkan lima PPS dengan 656 orang daripada 233 keluarga.

“Bagi daerah Baling, seramai 524 mangsa daripada 141 keluarga masih berlindung di empat PPS. Di Kubang Pasu, jumlah mangsa terus menurun kepada 54 mangsa daripada 10 keluarga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI