fbpx

Jerebu di P. Pinang hampiri IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Keadaan jerebu di negeri ini dilaporkan semakin menghampiri bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat meskipun jarak ketampakan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pagi tadi.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat stesen cerapan IPU di negeri ini merekodkan bacaan sederhana dengan Seberang Jaya mencatatkan bacaan paling tinggi dan menghampiri kualiti udara tidak sihat iaitu 97 setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Ini diikuti Seberang Perai (92), Minded (88) dan Balik Pulau (86).

IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, ancaman jerebu tahun ini dijangka lebih buruk berikutan kebakaran tanah dan hutan kembali dengan ketara di Sumatera Selatan serta sembilan wilayah lain di Indonesia.

Namun tahun ini, kebakaran tanah dan hutan kembali dengan ketara di Sumatera Selatan serta sembilan wilayah lain di Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI