fbpx

Janda kaya ditipu lelaki mengaku pegawai polis RM18,189

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang janda mengaku ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis di Sulawesi Selatan baru-baru ini. - Tribun Timur

JAKARTA – Seorang janda muda ditipu sebanyak 60 juta rupiah (RM18,189) oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis di Aceh Tengah, lapor portal berita Prohaba hari ini.

Janda kaya dan cantik itu berasal dari daerah Gowa, wilayah Sulawesi Selatan. Menurut mangsa, dia ditipu oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya pegawai polis berpangkat brigedier.

Kata wanita berkenaan, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Anwar Setiawan dan bertugas di Aceh Tengah.

Ketika berkenalan kira-kira tiga bulan lalu, Anwar mengaku dia pegawai polis berpangkat brigadier tetapi janda tersebut menyedari ditipu selepas memindahkan wang 60 juta rupiah kepada lelaki berkenaan dengan alasan wang belanja untuk mengahwininya.

“Saya ditipu oleh seseorang yang mengaku sebagai polisi (polis). Dia mengaku, namanya Anwar Setiawan,” kata janda berkenaan.

Dalam pada itu, seorang ketua polis tempatan, Bayu Wicaksono menyatakan akan menyiasat aduan janda tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI