fbpx

Hujan di 6 buah negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam buah negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut laporan MetMalaysia, cuaca buruk diramal berlaku di Langkawi, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah.

“Selain itu, cuaca sama turut diramal di Hulu Perak, Perak dan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan.

“Bagi negeri Terengganu, hujan lebat, ribut petir turut diramal di Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman serta beberapa kawasan di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin,” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk diramal berlaku di Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI