fbpx

Gordon Andrew Stewart dilantik COO Malaysia Airports

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gordon Andrew Stewart.

PUTRAJAYA – Malaysia Airports melantik Gordon Andrew Stewart sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Operasi Lapangan Terbang Malaysia berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Stewart mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam pelbagai industri termasuk penerbangan, kereta api dan teknologi maklumat.

Sebelum ini, Stewart merupakan Pengarah Projek Global di DAA International, sebuah kumpulan pengurusan lapangan terbang global, perundingan dan pelaburan beribu pejabat di Dublin, Ireland.

Kumpulan tersebut yang menguruskan lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia, termasuk di Eropah dan Timur Tengah.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Sri Iskandar Mizal Mahmood berkata, Stewart membawa pengalaman penting dalam sektor penerbangan dan industri gabungan.

“Stewart menyertai kami pada persimpangan penting dalam perjalanan pertumbuhan strategik kami, sambil kami menggandakan usaha untuk membawa operasi perniagaan teras kami ke peringkat seterusnya.

“Saya yakin beliau akan membantu dalam mengemudi kami ke arah kecemerlangan operasi yang inovatif dan mampan dalam usaha kami untuk menjadi pengendali lapangan terbang bertaraf dunia.” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pengalaman Stewart termasuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan di Maldives Airports Company Limited yang bertanggungjawab mengemudi pembangunan dan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Velana.

Beliau juga pernah berkhidmat bersama Bahrain Airport Company, British Airports Authority, First ScotRail, Bombardier Transportation, Compaq dan IBM.

Stewart memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Kejuruteraan Sistem Perindustrian dan Pembuatan dari University of Paisley, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan, Major dalam Strategi dari University of Strathclyde, United Kingdom. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI