fbpx

Giliran AmBank, AmBank Islamic umum tidak kenakan caj QR DuitNow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – AmBank dan AmBank Islamic mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan mengenakan fi transaksi ke atas peniaga yang menggunakan QR DuitNow.

Menerusi satu kenyataan, pihak AmBank dan AmBank Islamic memaklumkan, ia akan diteruskan sehingga notis selanjutnya.

“Kami ingin memaklumkan bahawa AmBank dan AmBank Islamic tidak akan mengenakan sebarang yuran terhadap peniaga kami berhubung DuitNow QR.

“Oleh itu, semua peniaga akan terus menerima pembayaran melalui DuitNow QR tanpa sebarang caj, sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

“Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pusat bantuan peniaga kami melalui 0321677800,” jelas kenyataan itu.

Hari ini Kosmo! melaporkan, tiga bank memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang caj berkaitan dengan DuitNow QR.

Maybank mengumumkan bahawa ia tiada rancangan untuk mengenakan fi transaksi ke atas peniaga yang menggunakan kemudahan itu buat masa sekarang.

Terdahulu, Public Bank dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa ia akan mengecualikan caj DuitNow QR sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, CIMB berkata ia akan mengecualikan caj berkenaan sehingga akhir tahun ini.

Terdahulu, Pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan peniaga yang menerima pembayaran menerusi platform tersebut akan dikenakan caj mulai 1 November ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI