fbpx

Caj QR DuitNow tidak bebankan golongan berpendapatan rendah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melihat Pameran Postnormal Times, di KL Jazz & Art Center, di ibu negara hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bayaran transaksi baharu menerusi aplikasi QR DuitNow yang akan dilaksanakan November depan tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Katanya, beliau ada berbincang dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour mengenai perkara itu dan mengikut penjelasan yang diberikan bayaran tersebut tidak dikenakan kepada golongan bawahan.

“Bank Negara Malaysia menjalankan tugas mereka.

“Sekarang apa yang penting tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah,” katanya kepada pemberita ketika hadir di Postnormal Times Exhibition di KL Jazz & Art Center, di sini hari ini.

Terdahulu, PayNet dalam satu kenyataan semalam memberitahu, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

Jelasnya, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenal pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.

Setakat ini, tiga bank iaitu Maybank, CIMB dan Public Bank telah mengecualikan caj DuitNow QR sehingga satu masa yang akan diberitahu kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI