fbpx

Bayar tol di 11 lebuh raya guna kad debit, kredit hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) melibatkan 11 syarikat konsesi lebuh raya mula dibuka secara rasmi hari ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, pelaksanaan itu melibatkan pengguna kenderaan Kelas 1 (persendirian) dan mereka boleh membuat bayaran tol secara SPT di 11 lebuh raya terpilih.

Lorong SPT dibuka kepada pengguna secara berperingkat di lebuh raya terpilih mulai 3 Ogos lalu bagi menguji fungsi dan keberkesanan sistem tersebut.

Lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

Lebuh raya lain adalah Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuh Raya Kuala Lumpur Putrajaya (MEX), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuh Raya Kulim-Butterworth (BKE),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) pula dijangka bermula penghujung tahun ini bagi membolehkan penelitian dan perincian lanjut dibuat oleh syarikat konsesi demi kemudahan pengguna lebuh raya.

“Pengurusan PLUS Malaysia Berhad diminta menyegerakan pelaksanaan SPT ini agar pengguna JPP dapat menggunakannya pada penghujung tahun ini,” katanya.

Tambah kenyataan itu, SPT merupakan inisiatif KKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya dalam memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol.

Pembayaran boleh dilakukan melalui kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard berbanding kaedah sedia ada iaitu Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID).

Pengguna dinasihatkan supaya memilih lorong yang betul, mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard pada papan tanda lorong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI