fbpx

772 individu terima darjah kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazran (tengah) menunjukkan senarai nama penerima darjah kebesaran sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang Ke-54 pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar di Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 772 individu tersenarai untuk menerima gelaran, Darjah Kebesaran Bintang, pingat dan surat kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang Ke-54, esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, daripada jumlah keseluruhan penerima, enam individu bakal dilantik menjadi Jaksa Pendamai.

Menurutnya, istiadat terbabit dimulakan dengan 98 penerima pada sesi pertama dan selebihnya pada sesi seterusnya yang dimaklumkan kelak.

“Seramai 772 orang penerima dikumpul untuk pengurniaan.

“Daripada jumlah itu juga seramai 38 individu akan menerima darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran Datuk,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar di sini hari ini.

Nazran turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dan menjayakan istiadat pengurniaan pada kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI