fbpx

1,908 mangsa banjir Kedah berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Padang Empang di Baling membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur selepas dilanda banjir kilat pada malam kelmarin. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

BALING – Jumlah mangsa banjir di empat daerah di negeri ini yang ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) adalah seramai 1,908 orang daripada 576 keluarga sehingga pukul 8 pagi ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, jumlah mangsa banjir di Baling masih yang tertinggi iaitu seramai 651 orang daripada 184 keluarga.

“Terdapat empat PPS di Baling iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, SK Kampung Keda dan Surau Annur.

“Paling ramai mangsa banjir di Baling berlindung adalah di Surau Annur iaitu seramai 298 orang daripada 71 keluarga,” katanya hari ini.

Sementara itu, kata beliau, tiga PPS yang dibuka semalam adalah SK Seri Gunung, SK Titi Gajah dan SMK Alor Merah di daerah Kota Setar.

“Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu seramai 603 orang daripada 215 keluarga,” ujarnya.

Tambahnya, tiga PPS di daerah Pokok sena pula menempatkan seramai 395 mangsa daripada 107 keluarga manakala tiga PPS di Kubang Pasu terdapat seramai 259 mangsa daripada 70 keluarga. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI