fbpx

Wanita mahu jadi makhluk asing warna biru, belajar bahasa Klingon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lhouraii mengambil masa kira-kira satu hingga dua jam untuk bersolek menjadi makhluk asing. – Getty Images

LONDON – Seorang wanita yang obses dengan hidupan angkasa lepas menghabiskan masa berjam-jam setiap minggu untuk mengecat wajah dan badannya menjadi biru agar kelihatan seperti makhluk asing, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Lhouraii Li  dari Bradford berkata, dia mula berbuat demikian sejak lima tahun lalu selain turut mempelajari bahasa Klingon. Ia merupakan bahasa digunakan dalam filem sains fiksyen popular, Star Trek terbitan tahun  1960-an.

Sering berkongsi   penampilan uniknya di laman Instagram, Lhouraii, 33, kini mempunyai kebih 10,000 pengikut.

“Saya mengambil masa kira-kira satu hingga dua jam untuk bersiap. Saya memakai kanta lekap sebelum menyapu cat berwarna biru dan diakhiri dengan solekan,” katanya.

Diilhamkan oleh gaya Jepun, Lhouraii menjadi obses dengan penampilannya, memakai rambut palsu, kanta lekap, ‘telinga bunian’ kertas mache dan tanduk untuk melengkapkan penampilannya.

Dia membelanjakan kira-kira £30 (RM171) setahun untuk cat badan dan menggunakan asas putih untuk menjadikan kulitnya lebih berpigmen serta mendapatkan rupa biru seperti itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI