fbpx

Taib Mahmud tampil serikan sambutan Maulidul Rasul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taib (tengah) bersama-sama isteri, Ragad (kanan) dan Abang Johari (kiri) menyaksikan perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching pagi tadi.

KUCHING – Majlis perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di Padang Merdeka, di sini diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, selepas kira-kira dua bulan berehat atas faktor kesihatan di luar negara.

Taib tiba bersama isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib kira-kira pukul 8.30 pagi, sekali gus menjadi tetamu kehormat majlis.

Turut hadir Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Sementara itu, sambutan turut dihadiri kira-kira lebih 10,000 orang bagi menyaksikan pelbagai acara perarakan yang melibatkan sebanyak 248 kontinjen daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk persatuan.

Antaranya Jabatan Wanita dan Kebajikan Sarawak, Jabatan Premier Sarawak, Persatuan Melanau Islam Kuching, Persatuan Memanah Kuching, Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Batu Lintang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara, Abang Johari dalam ucapan berkata pendekatan Islam di Sarawak mengambil teladan daripada perjuangan yang dibawa Nabi Muhammad SAW demi kemakmuran masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini.

Katanya ketokohan baginda yang penuh integriti dan berwawasan mendorong kepada pentadbiran kerajaan yang baik.

“Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan keadilan ditegakkan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama demi membangunkan negeri dalam keadaan aman dan makmur,” katanya.

Beliau menambah pentadbiran kerajaan yang dipimpinnya juga bersandarkan Piagam Madinah dalam memainkan peranan penting untuk mengendalikan masyarakat Islam dan orang bukan Islam di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI