PETALING JAYA – Atlet berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom membuktikan potensi besar dimilikinya apabila meraih pingat gangsa acara pecut individu pada Sukan Asia Hangzhou, China sebentar tadi.
Shah Firdaus menewaskan pelumba China, Xue Chenxi dalam dua pusingan perlumbaan penentuan tempat ketiga di Velodrom Pusat Sukan Chun’an Jieshou.
Pingat emas dalam acara itu dimenangi pelumba Jepun, Otai Kaiya selepas menewaskan wakil tuan rumah, Zhou Yu dalam dua pusingan di pentas akhir sebentar tadi.
Sebagai rekod, edisi terdahulu di Jakarta-Palembang, Indonesia pada 2018, pingat emas acara itu dimenangi jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang. – KOSMO! ONLINE