MINGGU pertama All Stars Gegar Vaganza (GV10) selesai dengan pengumuman enam penyanyi yang bertanding atas tiket hot seat.
Tahniah Zamani Slam sebab mendapat undian tertinggi, ramai betul yang hendak tengok Zamani bertanding.
Mizz Lahar pun sama, cumanya bukan itu yang hendak dibebelkan.
Bab nyanyian dan peserta, semuanya hebat! Cuma apabila masuk bab pengacara, ramai pula yang mengomel. Sebenarnya, penat tengok tiga pengacara yang mengendalikan program pertandingan tersebut.
Macam biasa, ada yang suka sampai melambung puji gabungan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein yang dikatakan gamat dan menghiburkan.
Namun kem berlawanan pula menyifatkan kemunculan serentak tiga hos atas pentas sebagai sesuatu yang tidak perlu, selain didakwa nampak serabut apabila masing-masing hendak bercakap, manakala Elly pula tidak habis-habis berdrama.
Tidaklah perlu kena buang seorang daripada mereka. Kalau tak nak serabut, ada penonton bagi cadangan supaya tiga hos tersebut kurangkan penampilan serentak, maksudnya keluar bergilir-gilir secara berdua. Apapun itu hanya pendapat, terserahlah.
Mizz Lahar: Penat cerita mistik artis-artis bertanding mahupun berdepan masalah nyanyian.