fbpx

Sebelum ditarik, laksana amanah sebaik mungkin – Mohd. Na’im.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mengingatkan rakan-rakan jemaah menteri supaya memikul tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, jawatan yang dipikul merupakan satu amanah dan dikurniakan oleh Allah SWT.

“Tapi saya beritahulah terus-terang bahawa sebab jawatan ni satu amanah. Kuasa ini Allah SWT yang tentukan, dia akan beri dan dia akan tarik.

“Jadi, sementara sebelum ditarik kita laksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya, sementara Allah beri peluang kepada kita untuk memikul amanah ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1445H/2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai desas-desus rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku pada masa terdekat.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor bersedia membuat rombakan dalam masa terdekat, antaranya melibatkan Kabinet, Ketua Setiausaha (KSU), anggota birokrasi, kakitangan awam, dan pejabatnya sendiri.

Desas-desus rombakan Kabinet timbul selepas jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong berikutan kematian penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Turut bertiup kencang kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memegang semula portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI