fbpx

Raja Muda Selangor berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah (tiga dari kanan) ketika berkenan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor, hari ini. -Foto AMIN AZMAN/KOSMO!

SHAH ALAM – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Tengku Amir Shah diiringi Setiausana Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Fahmi Ngah.

Pada majlis sama, Tengku Amir Shah juga berkenan menyempurnakan pelancaran Sistem MyRadha’ah yang merupakan perkhidmatan pendaftaran serta pengenalan anak dan ibu susuan secara atas talian.

Sistem tersebut diwujudkan dengan tujuan pensyariatan iaitu menjaga nasab atau keturunan.

Ini seterusnya mengelak anak susuan itu berkahwin dengan saudara sesusuan. Selain itu, memperkenalkan identiti mereka serta menjaga keturunan umat Islam melalui proses nikah yang sah.

Sambutan Maulidur Rasul bertema Rasulullah: Ikon Kepimpinan Integriti dan Kepimpinan Negara Bertamadun tersebut turut diserikan dengan takzirah bertajuk Lisan Dan Tindakan yang disampaikan penceramah terkenal, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI