fbpx

Lelaki curi RM22 duit tabung masjid menangis sebaik dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaili (tiga dari kanan) ketika dibebaskan sementara menunggu perbicaraan semalam.

PETALING JAYA – Seorang tukang rumah yang didakwa atas pertuduhan mencuri duit tabung masjid berjumlah RM22 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dibebaskan dengan jaminan semalam.

Suhaidi Abdul Hamid selaku orang kena tuduh (OKT) dibebaskan selepas peguam yang dilantik ahli perniagaan, Datuk Seri Sunny Ung menjelaskan wang ikat jamin sebanyak RM7,500, sementara menunggu perbicaraan kes itu pada tarikh yang ditetapkan kelak.

Sunny Ung berkata, sebaik dibebaskan semalam, Suhaidi disambut oleh ahli keluarganya sebelum dibawa pulang ke rumah ibunya untuk bertemu dua anak yang berusia empat dan tujuh tahun.

“Selepas dibebaskan, dia (Suhaidi) menangis dan bersyukur. Dia mengucapkan terima kasih kepada peguam yang dilantik bagi membantunya dalam prosiding kes tersebut.

“Sebelum ini saya juga membayar semula wang yang dicuri berjumlah RM22 kepada pihak masjid,” jelasnya kepada Kosmo! hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan menawarkan khidmat peguam kepada tukang rumah yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 7 September lalu atas kesalahan mencuri duit tabung masjid.

Jelas Sunny Ung, khidmat itu ditawarkan kerana berpendapat OKT perlu mendapatkan pembelaan sewajarnya dalam kes tersebut.

Pada 7 September lalu, Kosmo! melaporkan Suhaidi mengaku salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan mencuri duit tabung masjid.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menetapkan 26 September untuk menjatuhkan hukuman ke atas lelaki itu.

Suhaidi didakwa mencuri duit tabung sebuah masjid pada pukul 9.15 malam, 27 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI