fbpx

Mohd. Na’im jumpa Howard Lee dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar akan bertemu dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee dalam masa terdekat.

Mohd. Na’im berkata, pertemuan itu bagi memberi penjelasan mengenai isu tafsiran al-Quran membabitkan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu ketika ini.

“Kita akan jumpa dalam masa terdekat, nanti saya akan maklumkan perkara itu.

“Pertemuan itu juga akan menyentuh mengenai tafsiran al-Quran dan saya ingin jelaskan bahawa ada disiplin tertentu untuk mentafsir al-Quran,” katanya pada sidang akhbar selepas sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445H/2023 di sini, hari ini.

Katanya, pertemuan itu adalah satu pendekatan harmoni dan penting bagi memberi penjelasan sebenar mengenai salah tafsir dan fahaman dalam masyarakat mengenai agama Islam.

Pada masa sama, Mohd. Na’im berkata, beliau turut menggalakkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk kerap mengadakan sesi libat urus dengan orang bukan Islam di negara ini.

“Insya-Allah kita harap orang bukan Islam dapat terima agama Islam ini sebagai agama yang rahmah,” katanya.

Katanya, beliau sudah melihat video membabitkan Howard itu dan mendapati Ahli Parlimen itu tidak mentafsir ayat al-Quran sebaliknya hanya membaca maksud ayat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI