fbpx

Menteri Luar China didakwa dipecat kerana cinta terlarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xiaotian bergambar bersama Qin semasa satu sesi temu bual di Washington pada Mac 2022. – Weibo

BEIJING – Bekas Menteri Luar China yang disingkirkan, Qin Gang didakwa menjalin hubungan sulit dengan  penyampai televisyen, Fu Xiaotian yang membawa kepada penjelasan membabitkan misteri kehilangan ahli politik tersebut selama berbulan- bulan, lapor saluran berita CNN kelmarin.

Xiaotian, 40, merupakan bekas pengacara rancangan bual bicara popular stesen penyiaran China yang berpangkalan di Hong Kong, Phoenix TV.

Dia didakwa menjalin hubungan sulit dengan Qin, lapor akhbar Financial Times. Akhbar berkenaan  memetik enam sumber yang rapat dengan Xiaotian dan penubuhan dasar luar China.

Xiaotian didakwa memiliki seorang anak tahun lepas dengan bantuan ibu tumpang di Amerika Syarikat (AS), demikian menurut sumber tanpa mendedahkan identiti bapa kanak-kanak tersebut.

Laporan Financial Times itu merupakan perkembangan terbaharu yang mungkin mampu menyelesaikan teka-teki berhubung penyingkiran pemimpin tersebut. Dia yang pernah menjadi orang kepercayaan Presiden Xi Jinping,  disingkirkan pada Julai lalu dan hilang daripada pandangan umum.

Beijing tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai penyingkiran Qin dan berkali-kali mengelak daripada menjawab soalan wartawan mengenai perkara itu.

Minggu lepas, laporan akhbar Wall Street Journal (WSJ) menyebut,  pegawai-pegawai China dimaklumkan bahawa siasatan Parti Komunis China mendapati Qin terlibat dalam hubungan luar nikah yang membawa kepada kelahiran seorang anak di AS ketika berkhidmat sebagai utusan Beijing ke Washington.

Menurut WSJ, pegawai China diberi taklimat bulan lalu mengenai siasatan ke atas Qin dan diberitahu bahawa alasan rasmi untuk pemecatan beliau adalah ‘isu gaya hidup’, istilah yang biasa digunakan untuk merujuk kepada salah laku seksual. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI