fbpx

Luahan buat kekasih, Azira Shafinaz beri bayangan tunggu hari nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIRA SYAFINAZ kini terbuka mengakui sedang mencintai dan dicintai lelaki bernama Yaser.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz memberi bayangan seolah-olah bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat apabila berkongsi ucapan istimewa buat kekasihnya.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 32, mengulang siar kata-kata istimewa daripada lelaki dikenali sebagai Yasser Khan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-32, baru-baru ini.

“Selamat hari lahir kepada cinta hati saya. ‘Beautiful heart and soul you are’. Semoga Allah SWT merahmati awak dengan kesihatan yang baik sayang. ‘Love you baby’,” ucap Yasser.

Perkongsian itu kemudiannya dibalas semula Azira dengan luahan penuh kesyukuran kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang disifatkan sangat baik selain membuatkan dirinya kenal erti cinta.

“Sayang, kenapa awak buat saya menangis? Saya menunggu ucapan (hari lahir) daripada awak, berbanding orang lain.

“Terima kasih kerana mengajar saya perasaan bagaimana dicintai oleh seseorang yang baik hati seperti awak.

“Saya mungkin tidak selalu berkata mengenainya, tetapi saya mahu awak tahu bahawa saya bersyukur dengan kehadiran awak. Saya cintakan awak sayang,” balas Azira.

Dalam hantaran berbeza, anggota Kumpulan DeFam itu turut berkongsi foto bersama kekasih hatinya dengan kapsyen seolah-olah menanti giliran untuk ‘disatukan’ sebagai suami isteri.

“Tidak lama lagi mungkin giliran kita (berkahwin), insya-Allah,” tulisnya.

Sekitar Februari lalu, Azira dalam satu temu bual bersama Kosmo! mendedahkan hatinya sudah dimiliki seorang lelaki dan bahagia menyulam kasih.

Kata Azira, dia tertarik dengan sifat lelaki dimaksudkan dek kejujuran, malah turut disenangi keluarga.

“Saya tertarik dengan sifatnya yangt jujur dan keluarga saya pun suka. Apa yang penting, pasangan saya bukan dalam kalangan orang industri hiburan dan kami sudah ada perancangan untuk berkahwin,” kata Azira.

Sebelum mengakui hatinya sudah dimiliki, nama Azira acap kali dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad sejak 2021 selepas mereka sering dilihat mengadakan sesi siaran langsung dalam media sosial.

Khabar angin mengenai hubungan cinta antara dia dengan pelakon filem Jebat itu bertiup kencang dalam media sosial selepas Sharnaaz kerap meninggalkan komen ala-ala romantik dalam Instagram Azira. Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sebagai kawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI