fbpx

Kanak-kanak lelaki terselamat kebakaran rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran rumah di Taman Beringin, Kampung Raja, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terselamat selepas rumahnya di Taman Beringin, Kampung Raja, di sini terbakar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, mangsa dikatakan bersembunyi di dalam satu bilik dan menutup badannya dengan kain cadar sebelum diselamatkan anggota bomba.

Ketua Pasukan Bomba Sukarela Bakar Arang, Jason Eng Chee Siang berkata, dia menyedari kejadian itu yang membabitkan rumah mangsa terletak berhampiran rumahnya.

Katanya, bapa mangsa cemas apabila mendapati anak lelakinya tidak ada bersama ahli keluarga lain yang sempat keluar dari rumah itu .

“Anggota bomba sukarela yang tiba awal mula menjalankan pelbagai tindakan bagi menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Anggota bomba Sungai Petani yang tiba terus menyelamatkan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, kanak-kanak terbabit yang diselamatkan kira-kira pukul 10.15 pagi tadi terus dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk mendapatkan rawatan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI