fbpx

Ibu tunggal hidap kanser habis RM100,000 bayar hutang anak ‘lalok’ dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHI CHIN (kiri) bersama Wee Tse menunjukkan salinan laporan polis di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Tebrau, di Taman Gaya, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal yang menghidap kanser serviks tahap empat enggan menjadi ‘penjamin’ anak bongsunya yang gemar meminjam along untuk membeli dadah dan berjudi.

Wanita berusia 54 tahun yang sudah tidak bekerja sejak menghidap kanser pada 2020 berkata, dia menghabiskan lebih RM100,000 wang simpanan untuk membayar pinjaman kepada ceti haram.

“Anak bongsu saya, yang berusia 27 tahun terjebak dadah sejak berusia 18 tahun. Sepanjang tempoh itu, dia kerap meminjam wang bukan sahaja dengan along, tetapi rakan-rakannya dan saudara-mara.

“Anak saya juga dihantar ke pusat pemulihan sebanyak dua kali, namun masih tidak berubah. Setiap kali keluar pusat pemulihan dia akan meminjam wang bagi membeli dadah dan berjudi.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya lapan tahun lalu. Sepanjang tempoh itu kami berkomunikasi melalui panggilan telefon. Itupun sebab dia mahu pinjam wang,” katanya sidang akhbar di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Tebrau, di Taman Gaya, di sini hari ini.

Jelasnya, antara alasan diberi termasuk menjadi mangsa penipuan di Thailand dan perlu membayar wang sehingga RM20,000 tahun lalu.

“Saya sudah berpindah keluar dari kediaman di Taman Desa Jaya dan menetap di kampung bersama ibu, tetapi masih perlu ke Johor Bahru setiap bulan untuk menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Saya bimbang akan keselamatan diri kerana along mengugut mahu menyimbah cat, membakar rumah dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse memberitahu, along tidak mempunyai hak untuk menuntut wang daripada wanita tersebut kerana dia tidak menandatangani dokumen sebagai penjamin.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan ketua polis berhubung perkara ini bagi memastikan tiada lagi gangguan dibuat terhadap mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI