fbpx

Dua pelajar politeknik dikhuatiri lemas di Tasik Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SAR sedang mencari dua mangsa yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Keriangan sekumpulan sembilan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menghabiskan cuti umum sempena Maulidur Rasul hari ini dengan mandi-manda di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi di sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, dua mangsa iaitu Muhammad Khalili Hasnol dan Muhammad Qamarul Arifin Mohd. Ramly masing-masing berusia 20 tahun dipercayai hanyut dibawa arus deras sewaktu mandi di kawasan air terjun tersebut.

Salah seorang rakan mangsa, Muhammad Fadli Baharudin, 20, berkata, sebelum kejadian, mereka yang merupakan pelajar jurusan Diploma Teknologi Maklumat bermotosikal bersama-sama ke pusat perkelahan itu dari rumah sewa mereka di Kampung Alor Tempoyak di sini.

“Kami tiba pada pukul 5.15 petang. Lebih kurang 20 minit selepas turun mandi, saya perasan tangan Muhammad Qamarul dan Muhammad Khalili terkapai-kapai.

“Badan mereka tenggelam timbul, salah seorang rakan kami cuba berenang untuk menyelamatkan mereka namun terpaksa berpatah balik demi keselamatan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Muhammad Fadli berkata, mereka kemudiannya membaling pelampung bagi membolehkan dua kawannya itu berpaut menyelamatkan diri.

Dia berkata, Muhammad Qamarul dan Muhammad Khalili begitupun tenggelam ke dasar air terjun berkenaan tidak lama kemudian.

“Kami kemudiannya bergegas meminta pertolongan orang kampung sebelum sepasukan anggota bomba tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Shariffuddin Ali berkata, setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat masih gagal menemui kedua-dua mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI