fbpx

Bekas ADUN Paloh kritikal, ditidurkan akibat demam denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nozula (kiri) bergambar bersama bekas ADUN Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff baru-baru ini.

GUA MUSANG – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, 66, dilaporkan kritikal sehingga perlu ditidurkan sejak pukul 3 petang semalam akibat komplikasi organ dalaman akibat demam denggi.

Isterinya, Datin Mastura Osman, 51, berkata, Nozula pada awalnya demam dan menggigil pada waktu malam Khamis lalu sebelum suaminya itu dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 dan Hospital Gua Musang di sini pada Ahad lalu dan disahkan menghidap demam denggi.

“Selepas menerima rawatan awal di Hospital Gua Musang, dia kemudiannya dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

“Doktor memaklumkan bahawa suami saya mengalami demam denggi yang kritikal sehingga mengganggu organ dalamannya seperti paru-paru, hati dan buah pinggang,” katanya.

Mastura memberitahu, doktor telah memanggil ahli keluarga semalam dan memaklumkan bahawa suaminya terpaksa ditidurkan bagi mengelak lebih banyak jangkitan kuman pada organ dalaman.

Katanya, doktor akan membuat rawatan selepas mengesan berlaku pendarahan dalam perut suaminya kira-kira pukul 11 pagi tadi.

“Saya berharap rakyat dan semua kenalan suami dapat mendoakan dan menunaikan solat hajat supaya beliau sembuh seperti biasa,”katanya.

Nozula merupakan ADUN Paloh Barisan Nasional (BN) selama 28 tahun iaitu enam penggal berturut-turut bermula 1990 sehingga 2018.

Nama beliau digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu ekoran masalah kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI